Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ada Tanda-tanda Positif!

663

Pagi ini, Bursa Malaysia dibuka rendah pada pembukaan tadi berikutan aktiviti pengambilan untung oleh para pelabur dalam saham wajaran tinggi dan sentimen yang lebih berhati-hati mempengaruhi pasaran serantau.

Tepat jam 10.30 pagi tadi, FBM KLCI naik sebanyak 0.48% kepada 1,520.30 daripada ia ditutup semalam pada 1,512.98.

Indeks barometer dibuka 3.63 mata lebih rendah pada 1,509.35.

Di saat awal pembukaan, sentimen pasaran adalah negatif di mana kaunter rugi mengatasi kaunter untuk dengan 304 berbanding 155. Manakala, 310 kaunter tidak berubah, 1,455 kaunter tidak didagangkan dan 15 yang lain digantung.

Hasil jumlah dagangan adalah bernilai 421.14 juta unit terjual yang bernilai RM261.50 juta.

Berdasarkan kenyataan Malacca Securities, saham KLCI dan FBM Small Cap berundur pada satu sesi pada Rabu apabila aktiviti pengambilan untung bermula sebelum cuti Wilayah Persekutuan semalam.

Sementara itu, pasaran saham AS bertukar tidak menentu selepas Federal Reserve memuktamadkan mesyuarat FOMC dengan keputusan kadar faedah tidak berubah,

Ini menunjukkan bahawa kadar faedah di AS berada di puncaknya dan tiada apa-apa ulasan berkenaan pemotongan kadar faedah pada Mac.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd (Maybank) tidak berubah pada RM9.26 sesaham, Public Bank Bhd menambah tiga sen kepada RM4.42, manakala CIMB Group Holdings Bhd pada RM6.22 dan Petronas Chemicals Group Bhd pada RM6.76 susut. satu sen setiap satu, dan Tenaga Nasional Bhd turun lapan sen kepada RM10.64.

Bagi saham aktif, Minetech Resources Bhd naik satu sen kepada 15.5 sen dan TSA Group Bhd naik empat sen kepada 59 sen, Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) susut empat sen kepada 61 sen dan TWL Holdings Bhd susut setengah sen kepada 3.5 sen.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 28.08 mata kepada 16,971.07, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.58 mata kepada 172.53.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat