Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Prestasi Positif Wall Street

297

Bursa Malaysia menyambung kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada sesi pembukaan Isnin apabila pelabur mengambil peluang petunjuk prestasi positif dari Wall Street pada Jumaat lepas.

Pagi tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.86 mata kepada 1,478.23 daripada 1,486.37 ketika ia ditutup pada minggu lepas.

Sentimen keseluruhan adalah positif di mana kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 236 berbanding 115. Manakala, 231 kaunter tidak berubah, 1,681 kaunter tidak diniagakan dan 15 lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 223.65 juta unit yang bernilai RM107.03 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi pada jumaat apabila pelabur memilih untuk menumpukan beberapa data seperti pasaran buruh yang kukuh dan ekonomi AS memberangsangkan.

Katanya lagi, FBM KLCI bergerak ke atas semula pada penghujung minggu susulan pembetulan daripada paras 1,500 minggu sebelumnya. Indeks tempatan itu akan berlegar dalam julat 1,485 hingga 1,495.

Saham perladangan mungkin menjadi tumpuan hari ini memandangkan minyak sawit mentah meningkat kukuh kepada hampir RM4,000 satu tan susulan permintaan dari China untuk sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik satu sen kepada RM4.36, CelcomDigi menambah tiga sen kepada RM4.23 namun IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM5.97.

Maybank, CIMB, Tenaga, dan Petronas Chemicals masing-masing mendatar pada RM9.03, RM6.01, RM10.44 dan RM6.78.
Antara saham aktif, Widad menokok 1.5 sen kepada 12.5 sen, Sarawak Consolidated dan Artroniq masing-masing menokok dua sen kepada 31 sen dan 30.5 sen mankala Leform tidak berubah pada 16 sen.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 12.77 mata kepada 16,626.29, Indeks Hartanah naik 4.99 mata kepada 895.96, Indeks Perladangan turun 1.67 mata kepada 7,164.76, Indeks Tenaga menambah 2.61 mata kepada 845.93 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.52 mata kepada 173.44.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat