Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

220

Bursa Malaysia dibuka tinggi setakat jam 9.03 pagi tadi apabila petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.00 mata kepada 1,579.12 daripada 1,577.12 ketika ditutup sebelum ini.

Menurut laporan BERNAMA, perkara itu terjadi susulan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana dalam hampir semua saham berkaitan indeks.

Dalam pada itu, FBM KLCI dibuka tinggi 1.43 mata kepada 1,578.55.

Sementara itu, terdapat 370 kaunter untung dan 101 kaunter rugi, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,253 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung di pasaran yang lebih luas.

Tambah laporan berkenaan, jumlah dagangan sebanyak 473.74 juta saham bernilai RM189.95 juta diniagakan hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, pasaran saham AS meningkat berikutan Dow Jones naik sebanyak 0.7%, manakala S&P 500 turut meningkat sebanyak 0.3% dan Nasdaq naik 0.7% ditutup pada paras tertinggi baharu berikutan data Indeks Pengurus Pembelian AS yang lebih kukuh daripada jangkaan awal.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga, masing-masing tidak berubah pada RM7.55 dan RM11.00, Top Glove menambah 24 sen kepada RM28.24, Public Bank susut dua sen kepada RM17.28, manakala Hartalega jatuh 10 sen kepada RM17.64.

Dalam kalangan saham cergas, PWorth dan Lambo, masing-masing naik setengah sen kepada empat sen dan 5.5 sen, dan XOX menambah 1.5 sen kepada 22.5 sen.

Top Glove adalah kaunter paling untung, diikuti Pharmaniaga yang naik 21 sen kepada RM4.54 dan MSCM meningkat 20 sen kepada RM1.70.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.05 mata kepada 11,372.13, Indeks FBMT 100 meningkat 17.67 mata kepada 11,176.91, dan FBM 70 menambah 37.13 mata kepada 14,773.41.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 30.18 mata kepada 13,459.99 dan FBM ACE melonjak 102.02 mata kepada 11,023.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 11.24 mata kepada 13,037.73, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.62 mata kepada 142.89, dan Indeks Perladangan naik 4.80 mata kepada 7,044.46.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat