Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit, Jejak Kenaikan Wall Street

200

Hari ini, Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada sesi awal dagangan selepas menamatkan rentetan kemenangan 5 hari semalam di saat para pelabur masih menunggu data inflasi terbaru AS diterbitkan.

Jam 9 pagi tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.31 mata kepada 1,491.17 daripada 1,486.86 pada Rabu semalam. Ia dibuka tinggi 0.29 mata kepada 1,487.15 baru-baru ini.

Secara menyeluruh, pasaran bergerak dalam sentimen positif di mana kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 189 berbanding 145. Manakala, 291 kaunter tidak berubah, 1,593 kaunter tidak didagangkan dan 29 yang lain digantung.

Hasil jumlah dagangan adalah sebanyak 293.88 juta unit yang bernilai RM113.12 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata susulan kenaikan semalaman di Wall Street, Dow Jones Industrial Average naik 171 mata dan Nasdaq melonjak 112 mata dengan hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat meningkat kepada 4.03%.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng terus merosot berikutan kekurangan pemangkin.

Katanya lagi, penurunan hasil bon 10 tahun China telah mendorong kepada jangkaan mengenai penurunan kadar faedah. Di Malaysia pula, aktiviti belian saham pada harga rendah turut menjangka indeks bergerak sekitar 1,485 hingga 1,495.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing naik satu sen kepada RM9.01 dan RM7.01, Public Bank pula menambah dua sen kepada RM4.33, CIMB meningkat empat sen kepada RM5.99 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.48.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 naik 0.20 mata kepada 15,078.84, Indeks FBMT 100 menambah 23.23 mata kepada 10,766.98, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 14.29 mata kepada 11,249.25, Indeks FBM Emas naik 23.90 mata kepada 11,121.73 dan Indeks FBM ACE berkurangan 16.08 mata kepada 5,416.77.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat