Bursa Malaysia Ditutup Rendah -Saham Syarikat Teknologi Mendapat Tempias!

542

Saham-saham di Bursa Malaysia pada hari ini ditutup rendah berikutan kebimbangan terhadap ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat.

Walaupun Indeks penanda aras dibuka lebih tinggi pada awal pembukaan, namun sejak bermula tengah hari banyak saham-saham yang mula dijual. Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akhirnya ditutup susut 1.62 mata kepada 1,603.74 pada hari ini.

Antara saham-saham yang paling terkesan dengan tindakan pentadbiran Amerika Syarikat ke atas Huawei Technologies Co ialah saham syarikat teknologi. Saham syarikat teknologi di Bursa Malaysia merupakan antara saham yang paling mendapat tempias.

Antara firma teknologi utama tempatan yang terjejas adalah Malaysian Pacific Industries Bhd. (MPI), Inari Amertron Bhd., Globetronics Technology Bhd, Vitrox Corp. Bhd. dan Pentamaster Corp. Bhd.

Kebanyakkan firma teknologi tempatan yang terkesan ialah firma teknologi yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Huawei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat