Bursa Malaysia Kekal Tinggi, Pasaran Rancak Dengan Aktiviti Pembelian

271

Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari tadi didorong oleh aktiviti pembelian dalam saham wajaran tinggi terutama sekali dalam sektor utiliti.

Antaranya ialah YTL Power International meningkat 24 sen kepada RM3.61, YTL Corporation menambah sembilan sen kepada RM2.33. Kedua-dua saham ini menarik indeks komposit naik dengan gabungan sebanyak 4.86 mata.

Pukul 12.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) hilang satu mata (0.07%) kepada 1,484.00 daripada ia ditutup semalam pada 1,483.00.

FBM KLCI yang dibuka naik 0.24 mata kepada 1,483.24 pagi tadi dan ia kini berlegar-legar antara 1,482.02 hingga 1,485.10 pada tengah hari.

Sementara itu, sentimen pasaran bergerak negatif di mana kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 446 berbalas 367. Manakala, 438 kaunter tidak berubah, 968 tidak diniagakan dan 29 kaunter digantung.

Hasil jumlah dagangan adalah 2.03 bilion unit yang bernilai RM1.31 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam kenyataannya mengatakan langkah stabil oleh Amerika Syarikat membuatkan firma broker itu percaya minat belian mungkin muncul dalam sektor teknologi.

Selain itu, lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Malaysia dalam pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan majlis Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) meningkatkan dagangan pada masa hadapan.

Pelabur ActivTrades, Anderson Alves berkata pasaran ekuiti Asia bersedia untuk berlakunya peralihan sederhana positif hari ini apabila para pelabur melihat sedikit peningkatan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM9.01, CIMB naik tiga sen kepada RM5.98, Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM6.93, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.29 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.44.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 naik 0.99 mata kepada 15,115.46, Indeks FBMT 100 meningkat 6.05 mata kepada 10,735.57, Indeks FBM Emas Shariah menambah 13.06 mata kepada 11,250.41 dan Indeks FBM Emas menokok 6.23 mata kepada 11,089.39 dan Indeks FBM ACE merosot 10.14 mata kepada 5,404.48.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat