Bursa Malaysia Lonjak Naik Lagi, Pasaran Asia Kekal Dominan!

342

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini dengan indeks utama kekal di atas paras 1,500 di tengah-tengah sentimen pasaran yang positif di peringkat global.

Tepat jam 2.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kukuh sebanyak 0.22% pada kedudukan 1507.34 berbanding ia ditutup pada Rabu iaitu 1,504.1.

Indeks barometer dibuka 0.65 mata lebih mudah pada 1,503.45.

Pasaran yang lebih luas pula menunjukkan sentimen positif di mana kaunter untung mengatasi kaunter rugi di mana 221 berbanding 135. Manakala, 284 kaunter tidak berubah, 1,657 kaunter tidak diniagakan dan 49 lain digantung.

Jumlah dagangan adalah berjumlah 296.45 juta unit yang bernilai RM156.16 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI terus meningkat dengan penambahan 8.0 mata asas semasa ditutup pada 1,504.1 pada Rabu.

Ia kerana berlakunya pembelian yang luas untuk Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya semasa cuti umum Thaipusam semalam.

Mereka berpendapat bahawa indeks tempatan itu boleh bertahan atas 1,500 untuk jangka masa panjang dan berpotensi untuk lebih mengukuh dalam masa terdekat.

Dengan berlakunya penambahbaikan ekuiti global, FBM KLCI dijangka akan meningkat dalam julat 1,500 hingga 1,510 untuk hari ini.

Katanya lagi, Wall Street ditutup kukuh pada Khamis dengan data menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Indeks utama di Asia pula kebanyakkan ditutup tinggi seperti di China dan Hong Kong.

Sentimen itu disokong oleh komitmen kerajaan China untuk menyediakan sokongan ekonomi tambahan yang diramalkan akan meningkatkan kecairan dalam sistem perbankan.

Sementara itu, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.34, Tenaga dan IHH Healthcare susut dua sen setiap satu kepada RM10.50 dan RM6.05, CelcomDigi turun empat sen kepada RM4.21 serta Hong Leong Bank turun enam sen kepada RM19.12.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 11.39 mata kepada 11,219.6, Indeks FBM 70 meningkat 37.97 mata kepada 15,242.39, Indeks FBMT 100 meningkat 10.45 mata kepada 10,869.78, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 10.1.72, FBM Emas Shariah 3 mata kepada 10.03. Indeks ACE susut 15.21 mata kepada 4,846.21.

Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 14.28 mata untuk mencecah 16,752.31 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.03 mata kepada 174.8.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat