Bursa Malaysia Sedikit Layu, Di Buka Rendah Lagi

300

Hari ini, Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi tadi rendah secara mendadak. Tekanan jualan secara menyeluruh berada di tengah-tengah situasi pasaran yang tidak stabil dan menunjukkan sentimen negatif.

Tepat jam 12.30 tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 11.16 mata kepada 1,480.05 berbanding semalam iaitu 1,491.21.

Indeks barometer dibuka 2.72 mata lebih rendah kepada 1,488.49 dan berlegar-legar sekitar 1,479.77 hingga 1,492.53 sepanjang sesi pagi tadi.

Sentimen keseluruhan pasaran adalah negatif di mana kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 906 berbanding 156. Manakala, 316 lagi kaunter tidak berubah, 874 kaunter tidak diniagakan dan 16 lagi digantung.

Hasil jumlah dagangan adalah berjumlah 3.74 bilion unit yang bernilai RM1.75 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam kenyataannya hari ini berkata sentimen pasaran kekal negatif dengan panggilan margin diaktifkan di beberapa kaunter selepas mencapai syarat penurunan.

Katanya lagi, mereka percaya sentimen negatif boleh berterusan pada syarikat yang asasnya lemah. Namun, aktiviti pembelian saham murah dalam syarikat masih kukuh.

Sementara itu, saham Asia kebanyakannya bergerak tinggi dan mengurangkan kerugian mereka pada sesi awal pembukaan. Prestasi Wall Street semalaman lemah di saat berlakunya ketidaktentuan yang berlaku di pasaran berkenaan jangkaan pemotongan kadar faedah di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, saham di China berundur selepas data jualan runcit AS yang kukuh dan meningkatkan jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah itu.

Di saham wajaran tinggi tempatan, Malayan Banking Bhd (Maybank) susut tujuh sen kepada RM8.98, Public Bank Bhd susut lima sen kepada RM4.30, CIMB Group Holdings Bhd susut 10 sen kepada RM5.93, Tenaga Nasional Bhd (TNB) turun 12 sen RM10.32 dan Petronas Chemicals Group Bhd naik lima sen pada RM6.81.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 127.82 mata kepada 16,507.31, Indeks Hartanah susut 14.10 mata kepada 874.26, Indeks Perladangan susut 19.18 mata kepada 7,153.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.99 mata kepada 172.37 dan Indeks Tenaga susut 10.12 mata kepada 839.81.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat