Bursa Malaysia Susut, Aktiviti Pengambilan Untung Meriah

289

FBM KLCI ditutup rendah sedikit pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung sejak pembukaan sesi pagi tadi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 0.21% kepada 1,619.19 mata berbanding 1,619.40 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka pada 1,620.67 dan ia bergerak antara 1,618.36 hingga 1,622.40 sepanjang sesi pagi. Sentimen pasaran meluas pula adalah negatif dengan kaunter rugi mendahului kaunter untung sebanyak 578 berbalas 487. Manakala, 485 kaunter kekal tidak berubah.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 322.98 juta saham yang bernilai RM155.31 juta.

Menurut Naib Presiden Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street Ditutup positif pada minggu lepas susulan aktiviti cergas saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang diterajui Nvidia walaupun jangkaan Fed berkemungkinan tidak akan menurunkan kadar faedahnya buat masa ini.

Di bursa tempatan, beliau menjangkakan aktiviti membeli saham berharga rendah muncul hari ini susulan laporan pendapatan korporat yang agak baik setakat ini.

Selain syarikat sektor perladangan, kebanyakan syarikat sektor lain juga mencatatkan pendapatan menggalakkan bagi tempoh suku pertama 2024. Indeks dijangka berlegar-legar antara paras 1,615 hingga 1,625 sepanjang hari ini.

Di papan indeks, FBM100 naik 0.07% kepada 11,956.10, FBM Emas naik 0.06% kepada 12,361.63 dan FBM ACE menambah 0.34% kepada 5,562.75.

Daripada aktiviti itu, Dagang Nexchange Bhd menokok 2.5 sen kepada 47.5 sen dan Dutch Lady Milk Industries Bhd menokok 48 sen kepada RM33.48.

Pada akhir rugi, Nestle (Malaysia) Bhd turun 60 sen kepada RM127.40 dan Heineken Malaysia Bhd turun 24 sen kepada RM24.32.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat