Bursa Malaysia Terus Meningkat Pada Tengah Hari

184

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan peningkatan pada tengah hari selepas dibuka tinggi pada sesi awal dagangan.

Pada 12.50 tengah hari, FBM KLCI meningkat 8.96 mata kepada 1,613.66.

Keadaan pasaran merekodkan kaunter untung 405 mengatasi kaunter rugi 277 manakala 321 kaunter tidak berubah dengan jumlah dagangan 1.24 bilion unit bernilai RM605.35 juta.

Perubahan sentimen pasaran dipengaruhi oleh penetapan mata wang yuan kepada tahap yang rendah berbanding dolar AS.

Pasaran tempatan juga meningkat dibantu oleh keuntungan dalam saham kewangan dan telekom. Public Bank melonjak 20 sen kepada RM21.48 manakala RHB Bank naik 14 sen kepada RM5.60.

Selain itu, Axiata dan Maxis juga meraih keuntungan dengan masing-masing naik 7 sen kepada RM 4.96 dan 4 sen kepada RM5.42.

Genting Malaysia (GenM) merupakan kaunter paling aktif yang diniagakan pada hari ini dengan peningkatan sebanyak 6 sen kepada RM3.24.

Kebanyakkan pasaran Asia mencatatkan peningkatan pada hari ini didorong oleh penurunan kadar faedah oleh tiga bank pusat iaitu New Zealand, India dan Thailand.

Nikkei Jepun terus catat aliran positif dengan kenaikan 0.48% dan Indeks Komposit Shanghai naik 0.91%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat