Bursa Malaysia Teruskan Rentak Kukuh, Sentimen Wall Street Jadi Dorongan Utama

206

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi sedikit berikutan kenaikan dalam pasaran AS semalaman.

Wall Street ditutup pada nota positif walaupun data Indeks Harga Pengeluar (PPI) April lebih tinggi daripada jangkaan kerana para peniaga lebih suka menumpukan pada laporan CPI yang akan dikeluarkan malam ini.

Tepat jam 2.30 tengah hari, FBM KLCI menurun sebanyak 0.25 mata iaitu 0.02% pada 1,605.63 berbanding ia ditutup semalam pada 1,605,88.

Ia dibuka 0.13 mata lebih rendah pada 1,605.75.

Dalam pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 229 berbanding 141. Manakala, 327 kaunter tidak berubah, 1,671 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 311.67 juta unit yang bernilai RM149.0 juta.

Pengurus dana Tradeview Capital Sdn Bhd, Neoh Jia Man berkata kebimbangan yang semakin berkurangan terhadap inflasi yang berterusan di AS meningkatkan prestasi sektor teknologi.

Mereka percaya para pelabur akan memberi tumpuan tinggi kepada penerima berpotensi tarif import AS terhadap China seperti pengeluar sarung tangan.

Oleh itu, indeks dijangka berlegar-legar dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 sepanjang hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM9.86, Public Bank kekal tidak berubah pada RM4.17, CIMB naik dua sen kepada RM6.81, TNB kekal pada RM12.44 dan Petronas Chemicals susut tiga sen kepada RM6.94.

Sin-Kung Logistics muncul sebagai kaunter paling aktif, menokok setengah sen kepada 13.5 sen, diikuti oleh Top Glove, yang menokok 11 sen kepada RM1.07. TWL kekal tidak berubah pada 2.5 sen dan Jaks Resources turun setengah sen kepada 12.5 sen.

Bursa sementara itu telah meluluskan permintaan MAHB untuk penggantungan dalam dagangan semua sekuriti syarikat itu, berkuat kuasa dari 9 pagi hingga 5 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman penting.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 27.37 mata kepada 12,164.50, Indeks FBMT 100 naik 27.27 mata kepada 11,768.44 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 29.44 mata kepada 12,361.78.

Indeks FBM 70 melonjak 135.32 mata kepada 17,183.56 manakala Indeks FBM ACE mengumpul 10.09 mata kepada 5,334.50.

Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.29 mata kepada 193.75 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 4.94 mata kepada 17,526.13, Indeks Perladangan susut 23.85 mata kepada 7,410.74, dan Indeks Tenaga susut 0.37 daripada-a mata kepada 985.50. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat