Caixin Sektor Pembuatan China Kembali Berkembang Pada Jun

120

Petunjuk ekonomi dalam industri pembuatan China meningkat lebih pantas dari jangkaan pada bulan lalu, satu isyarat bahawa ekonomi kedua terbesar dunia ini mendapat momentum semula pada suku kedua tahun ini.

Indeks Caixin (PMI) sektor pembuatan ini mengukuh kepada 50.4 pada Jun dari 49.6 sebelum itu di mana bacaan kali ini adalah yang tertinggi sejak Mac. Jangkaan bagi data kali ini ialah 49.5.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

Dengan kenaikan ini, industri pembuatan China telah berkembang sembilan dari 10 bulan terakhir setakat ini. Kenaikan dalam komponen tempahan baru telah banyak memangkin pertumbuhan bulan lalu. Tempahan baru dan permintaan eksport meningkat sedikit seperti yang ditunjukkan oleh data yang dikeluarlkan pagi tadi.

Walaupun sektor pembuatan mencatat kenaikan bulan lalu, tetapi ia dijangka akan mendapat tekanan dalam masa terdekat seterusnya memberi kesan kepada ekonomi global kesuluruhannya.

“Sektor pembuatan memulih pada Jun, tetapi berdasarkan trend inventori dan keyakinan terhadap pengeluaran masa hadapan, bacaan pada Jun dijangka hanyalah sementara dengan jangkaan trend ekonomi yang menurun di masa akan datang,” kata Dr. Zhengsheng Zong, Pengarah analisis makroekonomi di CEBM Group.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat