California Mahu Laksanakan Pembayaran Perkhidmatan Kerajaan Dalam Kripto

165

Beralih daripada isu Rusia-Ukraine, California dilaporkan sedang menyusun rang undang-undang untuk mengesahkan kripto sebagai mata wang sah.

Perundangan ‘Senate Bill 1275’ yang diperkenalkan pada 18 Februari lalu memberi kebenaran kepada penduduk California untuk membayar perkhidmatan kerajaan menggunakan mata wang kripto.

Ini bermakna, kesemua agensi kerajaan di negara itu perlu menerima aset kripto sebagai kaedah pembayaran bagi mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan.

Menariknya lagi, selepas ini penduduk California juga berpeluang untuk membayar cukai mereka dalam mata wang kripto dalam masa terdekat.

Pun begitu, kerajaan terlebih dahulu akan menukarkan kepada mata wang fiat untuk simpanan negara.

Sebagai rekod, usaha ini sudah pun diperkenalkan di Arizona, Illinois, dan Wyoming.

Ini mengingatkan kepada matlamat California yang mahu menjadi bandar kripto menjelang 2024. Mungkin akan ada banyak lagi projek berkaitan kripto dilancarkan di negara itu pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat