Transformasi California Sebagai Bandar Kripto Menjelang 2024

515

California mungkin selepas ini akan berdiri sendiri, berpisah dari USA susulan daripada rancangan untuk menubuhkan mata wang kripto sendiri.

Gerakan itu yang digelar sebagai “Yes California” dikatakan mencontohi rancangan Brexit, bukti kepada pengunduran United Kingdom (UK) dari Kesatuan Eropah (EU).

Jika California berpisah dari USA, negeri itu akan bergantung sepenuhnya kepada mata wang kripto yang menjadi tunjang kewangan wilayah itu.

Baru-baru ini gerakan tersebut telah melantik pakar Blockchain, Alastair Caithness untuk menganalisa situasi ekonomi yang bertunjangkan aset digital seperti Bitcoin (BTC), yang akan digunakan untuk menjamin Universal Basic Income atau UBI untuk penduduk.

Menurut Caithness, idea yang dikemukakan oleh California merupakan satu tindakan yang baik kerana ekonomi berasaskan kripto mampu menawarkan penjagaan kesihatan percuma, pendidikan percuma dan pendapatan asas pada skala yang tidak pernah ditawarkan.

Beliau juga berpendapat mereka yang membuat pelaburan ke atas harta dan tanah menerusi transaksi kripto dapat meningkatkan pelaksanaan UBI.

Berdasarkan kenyataan Yes California, kerajaan pusat telah bersetuju untuk mengadakan undian awam berkenaan pengunduran California dari USA pada tahun ini. Manakala undian rasmi dijangka akan berlaku pada 2024.

Tidak cukup dengan itu, Senate Banking and Financial Institutions Committee di California telah meluluskan rang undang-undang untuk menentukan jumlah aset digital negeri itu dan anggaran kesan terhadap perlindungan negara dan pengguna.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat