Calon Presiden AS Bersumpah Meletakkan Belanjawan Pada Blockchain!

319

“Fuh bukan biasa-biasa, mesti semua orang sukakan kalau semua calon berfikiran positif terhadap kripto.”

Sambil meminta pengubahsuaian Web3 bagi belanjawan persekutuan, calon bebas Presiden Amerika Syarikat (AS) Robert F. Kennedy Jr menegaskan teknologi blockchain boleh memainkan peranan penting dalam menjadikan kerajaan lebih telus.

Tambahnya lagi, beliau akan meletakkan keseluruhan belanjawan AS pada blockchain supaya semua rakyatnya dapat melihat setiap item bajet dalam keseluruhan belanjawan pada bila-bila masa yang mereka mahu.

Selain kemudahan pembayaran harian pada distributed ledger diedarkan secara terbuka boleh buat orang berkuasa lebih bertanggungjawab, Kennedy turut berkata sesiapa sahaja akan melihat bagaimana perbelanjaan berlaku merentasi beribu-ribu transaksi direkodkan setiap hari.

Komen terbaharu Kennedy itu adalah sebagai sebahagian daripada kempen berterusannya yang ingin mempromosikan teknologi kripto sebagai laluan untuk meningkatkan ekonomi negara, misalnya White House mencadangkan penyokongan dolar AS dengan rizab BTC pada Julai lalu.

Suka dimaklumkan bahawa Kennedy yang sangat kagum terhadap BTC adalah penceramah utama di Bitcoin 2023 di Miami kemudian turut muncul di ETHDenver yang merupakan persidangan tahunan Ethereum (ETH).

Memang tidak dinafikan blockchain boleh menyebabkan kerajaan melakukan pengawasan ketat terhadap rakyat, tetapi ketulusan yang sama juga boleh digunakan untuk menentang mereka, ulas Kennedy.

Calon Presiden bebas AS tersebut baru-baru ini member amaran kepada ramai orang untuk berhati-hati dengan Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC) susulan beliau menyifatkan teknologi itu sebagai perangkap ke arah pengawasan kewangan di AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat