Campur Tangan BNM Dalam Menstabilkan Nilai Ringgit Mengundang Banyak Spekulasi

136

Campur tangan BNM terhadap kawalan modal sebelum ini mengundang pelbagai spekulasi yang sememangnya menjadikan pelabur semakin ‘kurang berselera’ terhadap matawang Ringgit.

Walaupun ekonomi Malaysia kini tidak terlalu terdedah kepada risiko seperti yang berlaku pada tahun 1997, Brown Brothers Harriman juga menulis dalam satu laporan berkata sebarang campur tangan dari bank pusat sebenarnya akan lebih menakut-nakutkan pelabur bon global.

Penolong Gabenor, Adnan Zaylani mengatakan bahawa BNM buat masa ini hanya membendung pasaran di offshore.

Ringgit pernah menjunam sebelum ini kepada 4.885 berbanding Dollar pada tahun 1998. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Mahathir Mohamad telah memasak Dollar kepada 3.80 berbanding matawang gergasi tersebut sehingga akhirnya dimansuhkan pada tahun 2005 apabila Ringgit mula kembali stabil. Dalam masa yang sama, beliau juga telah meletakkan pengharaman ke atas perdagangan Ringgit di offshore. Junaman Ringgit ketika itu dikaitkan dengan spekulasi George Soros.

Menurut Ketua Peneylidikan Pertukaran Asing di Maybank Berhad Singapura, kenyataan BNM amat diperlukan bagi mengenal pasti punca turun naik Ringgit secara mendadak baru-baru ini. Pelabur juga dikatakan perlu melihat konteks persekitaran semasa berikutan bank-bank pusat lain juga dikatakan sedang bertarung dengan ekonomi global melalui pelbagai saluran yang berbeza.

Sementara itu, Maybank dalam masa yang sama juga menjangkakan Ringgit akan dinilai menguat kepada 4.25 berbanding Dollar kerana disokong oleh pembekuan minyak mentah oleh OPEC.

 

Artikel Ini Mendedahkan Secara Terperinci Tentang Usaha BNM Untuk Mengawal Nilai Ringgit

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat