Capai $2 bilion Dalam TVL, Base Coinbase Bakal Jadi Hab Memecoin Seterusnya?

292

“Get ready semua, mana tahu ada memecoin daripada Base yang banyak boleh naik macam kat Solana.”

Sejurus selepas naik taraf Ethereum (ETH) Dencun disiarkan secara langsung pada 13 Mac 2024, Base chain layer-2 Coinbase melihat pendakian dalam metrik on-chain apabila kemas kini baharunya mengurangkan yuran 10x pada chain layer-2.

Rentetan itu, ramai pelabur tergila-gilakan memecoin dari Solana (SOL) ke Base disebabkan yuran rendahnya yang berjaya menarik para pembangun dan pedagang bagi kembali ke blockchain yang kian dikenali.

Bukan itu sahaja, total value locked (TVL) Coinbase pada bulan lepas turut menggunung tinggi $884.4 juta pada 25 Mac 2024 daripada $405 juta pada Februari dan perlu diketahui ia kini sudah melintasi lebih $2 bilion dalam TVL.

Purata pengguna harian, dapps dan volum DEX pada platformnya juga mengalami pertumbuhan ketara di mana ia datang daripada pengalaman onboarding mudah Base melalui ciri wallet pintarnya yang membenarkan pengguna cipta wallet tanpa berurusan dengan fasa utama yang panjang.

Suka dimaklumkan wallet pintar membolehkan pilihan untuk pemulihan wallet yang mungkin menarik lebih 100 juta pengguna Coinbase ke ekosistem memenya.

Sungguhpun kenaikan memecoin di SOL semakin perlahan, Base tampaknya menarik perhatian susulan token meme seperti TOSHI dan Briun Armstrong (BRIUN) telah mencatatkan keuntungan besar dalam masa tiga hari lalu.

Spekulasi tentang lebih banyak memecoin akan membanjiri ekosistemnya dengan harapan penyenaraian pantas di bursa kripto terbesar Amerika Syarikat (AS) telah tercetus ditambah pula CEO Coinbase Brian Armstrong lancarkan airdrop NFT di Base.

Meskipun begitu, pelabur perlulah berhati-hati susulan kebanyakan memecoin biasanya rug pull dalam beberapa minggu tetapi memecoin yang bertahan boleh menghasilan wang yang dapat mengubah hidup pelabur awal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat