Capital A ‘Terbang’ Megah Pada Suku Pertama!

500

Permulaan tahun yang baik buat Capital A Bhd selepas menyaksikan lonjakan 153% tahun ke tahun dalam trafik penumpang di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina pada suku pertama 2023.

Menurut keputusan operasi suku tahunan terbarunya, syarikat itu telah menerbangkan 13.2 juta penumpang pada suku pertama berbanding setahun lalu sebanyak 5.2 juta sahaja.

Bukan itu sahaja, malah faktor muatannya juga meningkat kepada 89% daripada 75% dalam tempoh yang sama, menunjukkan ia kembali ke tahap pra-pandemik.

Lebih memberangsangkan, kapasiti penumpang dilaporkan melonjak 71% kepada 14.8 juta tempat duduk pada suku pertama daripada paras suku pertama 2019.

Berterima kasih juga kepada AirAsia Thailand yang mendahului pertumbuhan penerbangan lebih kukuh dengan jumlah penumpang bertambah 216% tahun ke tahun kepada 4.6 juta daripada 1.5 juta sebelumnya.

Ini susulan trafik yang tinggi dari laluan China yang sebahagian besarnya menjadi penyumbang utama kepada lonjakan faktor muatan sebanyak 92% pada suku tersebut.

Sementara itu di Malaysia, syarikat penerbangan tambang murah itu melihat peningkatan 103% tahun ke tahun daripada 2.8 juta kepada 5.7 juta penumpang, dengan faktor penumpang melonjak 88% daripada 74%.

Setakat jam 3 petang, saham Capital A tidak berubah pada 75 sen dengan nilai pasaran RM3.09 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat