Cari Petunjuk Trade AUD/USD? Minit Terbaru Ini Ada Jawapannya!

324

Menghiasi sesi pasaran Asia hari ini adalah terbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) untuk mesyuarat dasar edisi Julai.

Awal bulan ini, bank pusat itu telah memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 4.10%.

Minit yang diterbitkan pada pagi ini melihatkan para penggubal dasar telah mempertimbangkan sama ada untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas atau mengekalkannya tidak berubah pada mesyuarat itu.

Walaupun terdapat kes yang kukuh bagi kedua-duanya pilihan, tetapi penggubal dasar akhirnya memilih untuk menetapkan kadar faedah kekal pada tahap semasa.

Pun begitu, mereka bersetuju bahawa beberapa pengetatan lanjut mungkin diperlukan dan akan menilai semula keadaan ekonomi pada mesyuarat Ogos.

Pada pertemuan itu juga, para penggubal dasar membincangkan mengenai risiko ekonomi dan penggunaan yang boleh jadi lebih perlahan daripada dijangkakan.

Tambahnya, tekanan pada kewangan isi rumah dan pengangguran berisiko untuk meningkat lebih daripada yang diperlukan.

Kesimpulan daripada minit itu, RBA membiarkan ‘pintu terbuka’ untuk kenaikan selanjutnya untuk membantu inflasi kembali ke sasaran dalam jangka masa yang munasabah.

Susulan daripada penerbitan tersebut, dolar Aussie mendapat sokongan untuk meningkat ke sekitar harga 0.6830 berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat