CEO Aman Palestin Berdepan 164 Pertuduhan Kes Pecah Amanah RM39.5 Juta

391

Terkini, tiga individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Sdn Bhd berdepan 164 pertuduhan yang membabitkan kesalahan pecah amanah, penipuan dan pengubahan wang haram berjumlah RM39.53 juta pada tahun 2018 hingga 2023.

Mengikut pertuduhan, dua di antara mereka didakwa dengan 52 pertuduhan pecah amanah dana Aman Palestin berjumlah RM21 juta antara 12 Mac 2018 hingga 3 November 2023.

Kedua-dua individu itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sabit dan denda jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, kedua-duanya juga turut didakwa bagi 19 pertuduhan penipuan wang Aman Palestin berjumlah RM39 juta yang diserahkan kepada syarikat mereka bagi pembelian emas seberat 131 kilogram antara 24 September 2021 hingga 14 Julai 2023.

Tambahan pula, mereka turut menggunakan dana syarikat NGO itu dalam membeli sebuah rumah Semi-D, kilang pejabat serta rumah kedai dua dan tiga tingkat yang terletak di Kajang, Bandar Baru Bangi, Batu Pahat, Kangar, Ipoh dan Kota Kinabalu.

Tertuduh juga didakwa menggunakan wang berkenaan bagi pembelian empat lot tanah di Hulu Selangor serta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Kesemua individu itu melakukan perbuatan pecah amanah di empat cawangan bank dan pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi pada tahun 2018 hingga 2023.

Prosiding bagi pembacaan 164 pertuduhan tersebut mengambil masa selama hampir hampir dua jam yang bermula pukul 10.35 pagi.

Mahkamah menetapkan 13 Mac ini sebagai tarikh sebutan dan pengurusan bagi kesemua kes tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat