CEO Baru Binance, Richard Teng Dedahkan Halatuju Binance Yang Seterusnya!

772

CEO baru Binance, Richard Teng, memberikan gambaran mengenai hala tuju Binance seterusnya setelah beliau memegang tampuk pemerintahan.

Menurut Teng di laman web Binance, beliau bercerita mengenai syarikat Binance sebagai entiti yang telah berusia enam tahun,di mana ia dilihat masih belum matang dalam standard tempoh beroperasi.  Beliau secara peribadi lebih melihat Binance kini berada dalam fasa penting evolusinya, yang sedang dalam proses peralihan dari sebuah syarikat teknologi yang tidak terkawal menjadi syarikat kewangan yang lebih konvensional. Ini termasuk mewujudkan lembaga pengarah, mempunyai alamat fizikal, dan berkomitmen kepada ketelusan kewangan.

Beliau juga secara terbuka mengakui bahawa Binance telah membuat beberapa kesilapan dalam fasa pertumbuhannya, di mana Binance dengan pantas menjadi syarikat kripto terbesar di dunia dalam masa setahun. Walau bagaimanapun, Teng menegaskan bahawa syarikat telah mempelajari pelajaran berharga dari pengalaman ini.

Binance telah berhadapan banyak kritikan terhadap aktivitinya yang berkaitan dengan pengubahan wang haram dan pelanggaran oleh syarikat dan Zhao. Walau bagaimanapun, Teng menekankan bahawa tuduhan yang diterangkan dalam perjanjian penyelesaian tidak termasuk tuduhan melibatkan salahguna dana pelanggan, ia lebih kepada rekod prestasi bursa pertukaran dalam menempatkan keselamatan aset di platform sebagai keutamaan utama.

Teng dalam proses mengemban peranannya, beliau optimis bahawa industri kripto akan terus berkembang dan menarik minat luar biasa dalam kalangan firma kewangan utama.

Berdasarkan pengalamannya menasihati bank pusat Singapura dan penyumbang kepada pembangunan pusat kewangan di Abu Dhabi, Teng mengenal pasti salah satu matlamat utamanya adalah untuk menerapkan peraturan global yang diselaraskan bagi industri kripto. Ini bertujuan untuk menangani perdebatan berterusan mengenai klasifikasi pelbagai aset digital, sama ada sebagai komoditi, sekuriti, atau sesuatu yang mencerminkan teknologi rangkaian blok yang berbeza di bawahnya.

Penekanan Teng untuk mengarahkan Binance ke arah pematuhan dan pengawalan sejajar dengan sentimen dalam industri kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat