CEO Galaxy Digital “Bullish” Dengan Kripto! Apa Sebabnya?

208

“Ada juga orang yang berpandangan positif terhadap kripto, tapi yang negatif tak kurang ramai juga.”

Michael Novogratz, pengasas Galaxy Digital Holdings Ltd iaitu sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dalam pasaran kripto berpandangan aset digital pada masa ini menyaksikan pengukuhan setelah sekian lama mengalami penjualan besar-besaran sejak beberapa bulan lalu.

Pelonggaran sekatan kawal selia di China dan Hong Kong yang berhasrat menjadi hab kripto selepas semakin mendalami aset digital telah menjadi sebab Novogratz sungguh percaya pasaran kini sedang berada dalam pemulihan.

Dilaporkan, bank-bank China telah menghubungi syarikat kripto secara langsung sejak kebelakangan ini sementara pengawal selia di Hong Kong mengadakan mesyuarat untuk bantu perusahaan aset digital dengan perbankan.

Semasa panggilan persidangan pendapatan suku tahunan syarikat, beliau berkata bahawa krisis perbankan di Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja dapat menaikkan lagi harga aset digital malah membangunkan pasaran kripto secara global.

Tambahnya lagi, seluruh pasaran kripto didapati meningkat pada tahun ini apabila terdapat peningkatan bilangan aktiviti dari negara Asia manakala pelabur pula sudah tidak berminat untuk menjual pegangan aset digital mereka.

Ekoran itu, Novogratz yang merupakan usahawan berusia 58 tahun yakin pasaran kripto berpotensi untuk melonjak lebih tinggi dalam tempoh tiga bulan, enam bulan ataupun sembilan bulan dari sekarang.

Terdahulu, beliau telah meramalkan harga BTC berkemungkinan canak sehingga $30,000 menjelang akhir Mac, di mana kini aset digital tersebut berjaya raih 1.35% pada paras $27,373 dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat