CEO JPMorgan Beri Amaran – The Fed Bakal Ambil Tindakan Drastik?

1,844

Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase Jamie Dimon telah memberi amaran kepada para pelabur bahawa tidak mustahil untuk The Fed mengambil langkah drastik pada tahun hadapan.

Pengerusi The Fed Jerome Powell telah mencadangkan bahawa bank pusat berkemungkinan akan memulakan kembali rangsangan monetari sebelum akhir tahun ini. Perkara ini dijangka akan dijelaskan dengan lebih teperinci dalam mesyuarat dasar The Fed selama 2 hari. Bank pusat A.S. juga akan menerbitkan ramalan inflasi dan kadar faedah yang akan menjadi indikasi penting untuk pemain pasaran.

Dimon dalam temubual terkini mengatakan bahawa jika Amerika Syarikat (A.S) terus mencatat peningkatan inflasi dalam beberapa bulan akan datang, bank pusat berkemungkinan akan bertindak dengan lebih cepat. Dengan kata lain, bacaan inflasi begitu tinggi berkemungkinan akan menghadirkan reaksi lebih besar dari bank pusat.

Data terbaru menunjukkan harga pengguna A.S. naik 5.3% setahun pada bulan Ogos, turun sedikit dari paras tertinggi 13 tahun pada bacaan 5.4% bagi bulan Julai.

Setakat ini Powell masih berpegang berpendapat bahawa kenaikan harga ini hanyalah bersifat sementara. Disisi lain, Dimon mengatakan bahawa jika angka inflasi terus meningkat secara berterusan sehingga bulan Disember maka para penggubal polisi berkemungkinan besar akan berpandangan bahawa kenaikan harga bukanlah lagi sementara.

Maka Dimon mengatakan ‘saya agak skeptikal jika pada Disember dengan inflasi semakin naik, para penggubal akan mengatakan kenaikan ini hanyalah sementara’.

Para pemain pasaran kini memberi tumpuan pada mesyuarat the Fed pada jam 2 pagi nanti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat