CEO PayPal – Mata Wang Kripto Adalah Sebuah “Revolusi” Dalam Sistem Kewangan!

648

Ketua Pegawai Eksekutif Paypal Dan Schulman dalam salah satu temu bual pada hari Isnin menyatakan pandangan beliau mengenai potensi masa depan matawang kripto dan teknologi dalam sistem kewangan pada masa akan datang. Schulman percaya potensi sebenar matawang kripto terletak pada alat pembayaran dan bukan pada pembelian dan penjualannya.

Tambahan pula, beliau berpendapat CBDC, koin stabil, dompet digital dan utiliti pembayaran boleh bersinergi bersama melalui mata wang kripto dan akhirnya dapat memainkan salah satu peranan penting dalam sistem kewangan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif PayPal Schulman, dalam temu bual dengan CTech, menyatakan tentang kes penggunaan mata wang kripto dan teknologi blockchain dalam sektor pembayaran bahawa beliau sangat teruja dengan perkara yang boleh dilakukan oleh teknologi kripto dan lejar digital dalam sistem kewangan pada masa hadapan.

Fakta menarik, Schulman dilihat sedikit pesimis mengenai tawaran potensi kripto dalam pelaburan mahupun dagangan. Bagi beliau, membeli dan menjual kripto, adalah bahagian yang paling tidak menarik daripada apa yang dimiliki oleh teknologi ini dalam konteks untuk sistem kewangan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif PayPal juga percaya bahawa perkara yang menarik tentang mata wang kripto ialah jenis utiliti yang boleh mereka sediakan dalam sistem pembayaran. Secara amnya, mata wang kripto boleh membawa satu revolusi atau mentakrifkan semula dunia kewangan.

Beliau memberi contoh seperti negara A.S., Rusia, dan China sudah merancang untuk melancarkan mata wang digital bank pusat mereka, yang boleh meningkatkan kemajuan dalam teknologi kripto dan blockchain.

Setakat ini PayPal telah sangat aktif dalam arena mata wang kripto dan juga telah meningkatkan ruang kripto kepada pelanggannya. Selain itu, ia juga telah membenarkan pangkalan pelanggannya untuk mengeluarkan kriptonya dengan selamat ke dompet pihak ketiga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat