Cetak Duit Untuk Memulihkan Ekonomi Hanya Akan Undang Bencana!-Russia

59

Menurut Perdana Menteri Russia dalam satu laporan, Russia tidak akan mencetak duit bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan tidak akan membenarkan golongan tertentu untuk menentukan bajet negara tersebut.

Dmitry Medvedev, Perdana Menteri negara terbabit berjanji untuk mengawal bajet dengan ketat namun tetap memenuhi keperluan keselamatan sosial.

Dalam masa yang sama, sekumpulan penasihat ekonomi menggesa kerajaan untuk mengeluarkan ekonomi Russia dari masalah kemelesetan.

Menurut Medvedev lagi, mencetak duit untuk memulihkan ekonomi hanya akan mengundang bencana. Matawang fiat dikatakan hanya akan menghidupkan masalah inflasi, sekali gus mengurangkan nilai pendapatan individu.

Disamping itu, Kementerian Kewangan Russia mencadangkan perbelanjaan kerajaan dalam 2017-2019 dibekukan sekali gus memotong inflasi.

Artikel Ini Untuk Anda Yang Bimbang Dengan Hala Tuju Bajet 2017!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat