Ketidaktentuan Ekonomi Menambah Kerisauan Terhadap Bajet 2017? Hadam Isi Kandungan Artikel Ini Segera!

77

Menurut United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, Bajet 2017 yang akan datang tidak mungkin akan membawa ‘ganjaran besar’ lagi apabila kerajaan bercadang untuk mengekalkan dasar fiskal dengan lebih berhemah. Hal ini bagi mengurangkan risiko sovereign outlook iaitu keyakinan pelabur terhadap kredibiliti sesebuah negara, termasuk risiko politik.

Menurut penganalisis ekonomi, UOB Malaysia, Julia Goh, bajet yang bakal dibentangkan itu mensasarkan 40% kepada isi rumah yang pendapatan rendah (B40), 40% pertengahan (M40) serta penjawat awam.

Selain itu, UOB Malaysia menjangka kerajaan akan meneruskan pembayaran BR1M dan mengekalkan langkah pelepasan cukai bagi golongan berpendapatan sederhana, seperti pelepasan peribadi dan anak-anak.

Menurut Goh lagi, kerajaan dilihat masih mengekalkan kadar GST sebanyak 6%. Beliau tidak menjangkakan GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel kerana dianggap bakal membebankan walaupun hasil yang bakal dikutip kerajaan adalah sekitar RM2-RM3 billion.

Tema Bajet 2017 ialah “Mempercepat Pertumbuhan, Memastikan Keberkesanan Fiskal serta Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat”. Bajet 2017 ini bakal dibentang di Parlimen pada 21 Oktober.

Memandangkan hasil kerajaan menurun berikutan pergelutan harga minyak mentah dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, apa-apa rancangan pengembangan perlu dilakukan bagi menyelamatkan Malaysia daripada sebarang risiko.

UOB juga dalam laporan tersebut berpendapat bahawa bajet kali ini akan bertumpu kepada bidang pengangkutan, logistik, ekonomi digital, sektor eksport, pelancongan, pemberian wang tunai BR1M serta hartanah dan perumahan mampu milik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat