• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Rupiah Terus Merosot, Risiko Aliran Keluar Modal Semakin Meningkat

Rupiah Terus Merosot, Risiko Aliran Keluar Modal Semakin Meningkat

4 June 2026
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

21 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

20 November 2026
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

20 November 2026
Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

20 November 2026
IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

20 November 2026
Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

20 November 2026
Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

20 November 2026
Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

20 November 2026
Minyak Menuju Kejatuhan Mingguan Ketiga, Bekalan Banyak Atasi Risiko Perang

Minyak Menuju Kejatuhan Mingguan Ketiga, Bekalan Banyak Atasi Risiko Perang

20 November 2026
Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

20 November 2026
Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

20 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Saturday, 21 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Putin Kembali ke Pentas Dunia: Kemenangan Simbolik atau Tamparan Buat Barat?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Harga Minyak Jatuh, Pasaran Nantikan Damai AS-Iran

    Minyak Tertekan Oleh Lebihan Bekalan, Ancaman Serangan Iran Lonjak 0.8%

    Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

    Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Pasaran Tergamam! Pegawai Fed Buka Pintu Kenaikan 0.50%?

    Waller Gesa Kenaikan Fed 50 Mata Asas : Adakah Pasaran Bersedia?

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    China-Rusia Perkukuh Kerjasama, Sekatan AS Jadi Isu Utama!

    China-Rusia Perkukuh Kerjasama, Sekatan AS Jadi Isu Utama!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Aussie Tertekan, Paras 0.6600 Dalam Bahaya?

    Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

    Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    Tuntutan Pengangguran A.S. Naik Tipis, Namun Satu Petunjuk Ini Lebih Membimbangkan!

    Ekonomi Australia Makin Perlahan, RBA Beri Isyarat Mengejut 

    Pekerjaan Australia Susut 43,500, Dolar Aussie ditekan Pengangguran Tertinggi Lima Tahun

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Minit FOMC: Kenaikan Kadar Faedah Pasti!

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Ringkasan Pagi: Minit Fed Tekan Emas, Dolar Menguat

    Matawang Rupiah Jatuh ke Paras Terendah Krisis Kewangan Asia 1998

    Indonesia Naikkan Kadar Faedah Kepada 6%, Mahu Stabilkan Rupiah

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Emas Terkulai, Dolar AS Mengganas!

    Ringkasan Pagi: Minit FOMC, Serangan Baharu Goncang Pasaran

    Ringkasan Pagi: Minit FOMC, Serangan Baharu Goncang Pasaran

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

    Pasaran Kripto Kembali Berdarah ‘Parah’! Pasaran Harapkan Fed Segera Ambil Tindakan

    Pelabur Alih Dana ke IPO AI, Adakah Bitcoin Bakal Ulang Corak Lama?

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Bitcoin Sukar Bangkit, XRP Pula Dihimpit Pengeluaran Whales

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC & XRP Terus Merosot, Sejauh Mana Kejatuhan Bakal Berlanjutan?

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Hampir Paras Terendah Tiga Bulan, Pasaran Kripto Masih Belum Selamat?

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    BTC Cecah Paras Terendah Sejak Ogos, XRP Susut Ke $0.89!

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Bon Lebih Menarik, Bitcoin Merosot: Apa Yang Mengubah Sentimen Pasaran?

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

    Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

    Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

    Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

    Bursa Malaysia ‘Rebound’ Tipis, KLCI Naik 0.04 Mata

    Sunway Healthcare, Petronas Gas dan CelcomDigi Catat Untung Lebih Tinggi

    Ini 8 Perniagaan Yang Membina Kekayaan Elon Musk

    India Rancang Rangkaian 1,600 Satelit Untuk Saingi Starlink

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Anthropic Raih AS$81.3 Bilion Dalam IPO, Harga Saham AS$83

    Jualan 99 Speedmart Dijangka Melonjak Selepas Lanjut Waktu Operasi – CIMB Securities

    3,217 Cawangan 99 Speed Mart Bawa Untung Bersih RM189.78 Juta

    Gamuda Menang Kontrak RM4.3 Bilion Projek MRT Taiwan!

    Gamuda Raih Kontrak MRT RM2.61 Bilion di Taiwan

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Isu Semasa

Rupiah Terus Merosot, Risiko Aliran Keluar Modal Semakin Meningkat

Team INTRADAY by Team INTRADAY
4 June 2026
in Isu Semasa
0
Rupiah Terus Merosot, Risiko Aliran Keluar Modal Semakin Meningkat
113
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Mata wang Indonesia, rupiah, kini menghampiri paras kritikal iaitu 18,000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencetuskan tindakan Bank Indonesia (BI) yang akan meningkatkan usaha untuk menstabilkan mata wang tersebut.

Rupiah dilaporkan kurang 0.3% daripada paras 18,000 selepas mencatatkan kejatuhan baharu pada hari Rabu.

Beberapa institusi kewangan termasuk BNP Paribas, MUFG Bank dan Mega Capital Sekuritas menjangkakan bank pusat itu akan mengukuhkan langkah intervensi dalam pasaran selain mempertimbangkan kenaikan kadar faedah seawal bulan ini.

Menurut penganalisis BNP Paribas, Parisha Saimbi, paras 18,000 dilihat sebagai tahap yang perlu diperhatikan dengan teliti oleh pasaran kerana ia mempunyai kesan psikologi yang besar terhadap sentimen pelabur.

“Bank Indonesia dijangka terus berusaha memperlahankan kadar penyusutan rupiah menerusi pelbagai langkah intervensi,” katanya.

Setakat tahun ini, rupiah merupakan mata wang yang mencatat prestasi paling lemah di Asia. Keadaan itu didorong oleh kenaikan harga minyak global yang meningkatkan kos subsidi kerajaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kedudukan fiskal negara.

Penganalisis turut memberi amaran iaitu jika rupiah mencecah paras 18,000 berbanding dolar AS, ia berpotensi mempercepatkan aliran keluar modal asing daripada pasaran saham dan bon Indonesia. Situasi tersebut boleh menambah tekanan terhadap usaha kerajaan untuk meningkatkan keyakinan pelabur.

Sentimen terhadap aset Indonesia juga semakin terjejas selepas beberapa perkembangan negatif sejak awal tahun. Antaranya termasuk amaran tentang kemungkinan pasaran saham Indonesia yang diklasifikasikan semula sebagai pasaran frontier, semakan prospek kredit negara oleh agensi penarafan serta kebimbangan terhadap dasar kerajaan yang dilihat meningkatkan kawalan ke atas eksport komoditi utama.

Pada masa yang sama, indeks saham utama Indonesia jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima tahun pada hari Rabu, seiring dengan kelemahan rupiah dan kebimbangan mengenai kemungkinan penurunan penarafan kredit negara.

Data ekonomi terkini turut menunjukkan lebihan dagangan Indonesia yang hampir lenyap pada bulan April apabila berlaku kenaikan kos import minyak dan gas mengatasi pertumbuhan eksport. Tekanan inflasi yang semakin meningkat pada bulan Mei itu juga menambah cabaran kepada ekonomi negara itu.

Pakar strategi pertukaran asing MUFG, Lloyd Chan, berkata kestabilan rupiah merupakan salah satu peranan utama Bank Indonesia.

“Berdasarkan perkembangan semasa, Bank Indonesia berkemungkinan perlu menaikkan kadar faedah sekali lagi pada bulan Jun,” katanya sambil menjangkakan kenaikan sebanyak 50 mata asas.

Sebelum ini, Bank Indonesia telah melaksanakan beberapa langkah bagi menyokong mata wang tempatan termasuk menerbitkan instrumen hutang dalam dalam mata wang rupiah dan mengetatkan syarat pembelian dolar AS. Bulan lalu, bank pusat itu turut mengejutkan pasaran apabila menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Walau bagaimanapun, usaha mempertahankan rupiah turut memberi kesan kepada rizab pertukaran asing negara. Rizab Indonesia dilaporkan merosot ke paras terendah hampir dua tahun, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa penurunan berterusan boleh memberi kesan negatif terhadap penarafan kredit negara.

Menurut pakar strategi makro Mega Capital, Lionel Priyadi, Bank Indonesia dijangka meneruskan intervensi pasaran walaupun keberkesanannya mungkin terhad memandangkan risiko asas ekonomi Indonesia semakin meningkat.

Beliau menjangkakan bank pusat itu boleh menaikkan kadar faedah antara 50 hingga 75 mata asas dalam masa terdekat bagi mengurangkan tekanan terhadap rupiah dan mengembalikan keyakinan pelabur.

Tags: BankIndonesiarupiah
ShareTweetSend

Related Posts

IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

IPO Anthropic Meletup, Wall Street Tetap Merudum!

by Team INTRADAY
20 November 2026
0

Penampilan sulung Anthropic di pasaran saham gagal menyelamatkan Wall Street daripada tekanan jualan pada Khamis. S&P 500 jatuh 2% dan...

Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

by Team INTRADAY
20 November 2026
0

Pertemuan bersejarah Donald Trump, Xi Jinping dan Vladimir Putin di Shenzhen membuka ruang kerjasama antara Amerika Syarikat, China dan Rusia....

Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

Banjir Selangor Memburuk, Mangsa Terus Bertambah

by Team INTRADAY
20 November 2026
0

Jumlah mangsa banjir di Selangor terus meningkat pagi ini, manakala Perak mencatat penurunan. Sementara itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS)...

Kevin Warsh Teliti 3 Risiko AI terhadap Ekonomi

Ringkasan Pagi: Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar Lagi!

by Team INTRADAY
20 November 2026
0

Pegawai Rizab Persekutuan (Fed) memberi isyarat bahawa kadar faedah mungkin perlu dinaikkan lagi apabila tekanan inflasi Amerika Syarikat berterusan. Presiden...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

Trump, Xi, Putin: Dunia Bakal Dibahagi?

20 November 2026
Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

Emas Terus Merosot, Harapan Pemulihan Makin Pudar 

19 November 2026
Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2025, Dolar AS Terus Mengukuh

20 November 2026
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

0
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

0
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Bitcoin Merosot Lagi: Apa yang Sedang Menggoncang Pasaran Kripto?

0
Nasdaq Sahkan Boleh Trade 23 Jam Sehari Bermula Disember!

Penjualan Saham AI Seret Nasdaq, Nvidia Runtuh 14%

21 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Trump Mahu Huang Kembali, Lembaga Nvidia Tetap Menolak

21 November 2026
Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

Saham AI Jatuh Selepas Debut Anthropic: Petanda Bahaya atau Gegaran Sementara?

20 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.