Chainlink (LINK) Akhirnya Tembus Paras $50, Satu Rekod ATH Terbaru!

579

Chainlink (LINK) tanpa disangka melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) sebentar tadi pada rekod $51.17, meningkat sebanyak 40% dalam tempoh seminggu.

Rupanya yang mendorong kepada lonjakan harga LINK adalah kerana pertumbuhan ekosistemnya.

Salah satunya, penerbitan whitepaper Chainlink 2.0 yang mana mengetengahkan masa depan Chainlink termasuk menfokuskan keterbatasan whitepaper terdahulu. Misalnya fungsi kontrak pintar seperti yang disebut oleh OKEx Insights:

“Chainlink 2.0 menfokuskan kepada keterbatasan ini dengan perkenalkan kontrak pintar hibrid di Rangkaian Oracle Desentralisasi (Decentralized Oracle Networks, DON). Sekaligus ini akan membenarkan protokol blockchain mengakses data off-chain dan menjalankan komputasi off-chain.”

Tidak cukup dengan itu, Chainlink 2.0 akan menjadikan oracles lebih berskala sambil memastikan perlindungan privasi di rangkaian dengan penambahan penyesuai pemeliharaan kerahsiaan dan sokongan untuk sistem sulit lapisan-2.

Antara perkembangan lain; Chainlink bekerjasama dengan Vesper untuk membangunkan oracle untuk jumlah nilai terkunci (TVL) DeFi dan pada masa yang sama firma analisis pasaran hartanah, SmartZip mengumumkan akan melancarkan node Chainlink.

Rekod lain juga menunjukkan jumlah transaksi LINK telah mencapai $100,000,000,000 dalam tempoh 48 jam sahaja. Manakala berdasarkan Net Network Growth, LINK berjaya menunjukkan peningkatan positif sebanyak 1.85%, isyarat bullish yang sangat kuat.

Ketika penulisan, LINK sedikit susut dari rekod ATH kepada $49.45 (-3.74%). Bagaimanapun, koin ini masih menunjukkan lonjakan lebih 24% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat