‘Charlie Bit My Finger’ Dilelong Pada Harga $760,999 Sebagai NFT!

782

Video yang tular dan bakal dikenang, Charlie Bit My Finger bakal meninggalkan platform media selepas dilelongkan sebagai non-fungible token (NFT) pada Ahad, 23 Mei lalu.

Memaparkan rakaman pada 2007, ketika Charlie berusia setahun menggigit jari abangnya, Harry yang berusia 3 tahun, video ini terjual pada tanda harga $760,999 (sekitar RM 3.25 juta) kepada pembida yang dikenali sebagai 3fmusic.

Ini bermakna, 3fmusic memiliki hak tunggal kepada video asal Charlie Bit My Finger, termasuk berpeluang untuk membuat parodi rakaman itu dengan penampilan Harry dan Charlie.

Buat masa sekarang, video tersebut telah meraih lebih 883 juta tontonan dan dikategorikan sebagai ‘unlisted’ dan sedang dalam keputusan NFT di laman media Youtube.

Sedia maklum, pasaran NFT menjadi kegilaan pada awal tahun ini. Walaupun dipayungi dengan perkataan kripto, NFT berbeza dengan koin lain seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan lain-lain.

NFT merupakan aset digital yang mana pemiliknya bukan sahaja satu-satunya yang memiliki hak cipta dan segala maklumat berkaitannya tetapi aset itu juga tidak akan boleh diciplak atau disalin semula.

3fmusic merupakan studio muzik yang terletak di Dubai, sebelum ini pernah membeli meme “Disaster Girl” ($473,000) dan “Overly Attached Girlfriend” ($411,000).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat