Chesapeake Syarikat Gas Terbesar Yang Pertama Di Amerika Gulung Tikar

447

Selepas berita kebankrapan GNC baru-baru ini, Chesapeake Energy Corp pula memfailkan kebankrapan di bawah Bab 11 semalam, menjadikan satu-satunya syarikat minyak dan penghasilan gas terbesar Amerika Syarikat (AS) yang memfailkan tuntutan perlindungan muflis.

Dilaporkan keadaan perintis minyak shal itu adalah berdasarkan rundingan berbulan-bulan bersama pemiutang sebelum diisytiharkan jatuh muflis kerana lambakan hutang dan kesan daripada wabak coronavirus yang menyerang pasaran bahan bakar.

Sebelum ini CEO Chesapeake, Doug Lawyer telah berjaya melangsaikan hutang sekitar $13 bilion pada 2013 dengan potongan perbelanjaan dan jualan aset. Namun, berbeza bagi tahun ini apabila penyusutan harga minyak menyebabkan syarikat itu gagal untuk membayar hutang.

Manakala tahun lepas, Lawler membelanjakan $4 bilion untuk tidak bergantung kepada gas asli. Perbelanjaan itu menjadikan sahamnya rendah serta nilai gas dan minyak Chesapeake susut $700 juta pada suku 2020. Mereka menjangkakan operasi syarikat itu akan terhenti.

Chesapeake rancang untuk menyingkirkan sekurang-kurangnya $7 bilion daripada hutang mereka dengan rekod lialibiti dan aset masing-masing melebihi $10 bilion.

Pada Jumaat sahamnya telah didagangkan pada harga $11.85, susut 93% sejak awal 2020 menyebabkan syarikat ini memiliki nilai pasaran $116 juta.

Walaupun pemiutang Chesapeake tidak didedahkan, pelaburan daripada Franklin Resources tampak menonjol. Penyusunan semula yang akan berlaku menyebabkan kawalan syarikat itu diserahkan kepada pemiutang termasuk Franklin.

Syarikat itu juga telah bersetuju dengan beberapa syarat utama bagi pengeluaran pembiayaan berjumlah $2.5 bilion. Manakala segelintir pemiutang dan pemegang tunai bersetuju untuk menghentikan tawaran saham baru bernilai $600 juta yang akan berlaku selepas proses tuntutan itu selesai.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat