China Akan Bekerjasama Untuk Redakan Perang Di Ukraine

577

Duta tertinggi China ke Washington berjanji bahawa negaranya akan melakukan apa sahaja untuk meredakan perang di Ukraine dan mengatakan hubungannya dengan Rusia bukan sebahagian daripada masalah.

Kenyataan daripada Duta Besar Qin Gang hadir susulan amaran Presiden Amerika Syarikat Joe Biden sebelum ini kepada Presiden Xi Jinping tentang ‘implikasi’ sekiranya China menyokong Rusia dalam pencerobohannya ke atas Ukraine.

Presiden Xi Jinping bagaimanapun memberi jaminan kepada Biden bahawa negaranya tidak mahukan perang dalam panggilan video yang dibuat kedua-dua pemimpin itu pada Jumaat lalu.

Qin mendakwa bahawa terdapat maklumat salah tentang China yang memberikan bantuan ketenteraan kepada Rusia dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk mengurangkan krisis.

Pada masa yang sama, beliau turut mengatakan China mempunyai kerjasama normal dalam perdagangan, ekonomi, kewangan dan tenaga dengan Rusia.

Ia adalah bukti baharu yang menunjukkan usaha China dalam mengimbangi hubungannya dengan Amerika dan Rusia ketika pentadbiran Biden berusaha meningkatkan tekanan antarabangsa terhadap Presiden Vladimir Putin untuk menamatkan perang di Ukraine.

Pada minggu lalu, Biden dan Xi telah bersetuju mengenai keperluan untuk mempromosikan keamanan tetapi mereka tidak bersepakat tentang siapa yang bertanggungjawab atas penderitaan di Ukraine, di mana pemimpin China itu enggan mempertanggungjawabkan Rusia sahaja dalam serangan tersebut.

Sebaliknya, kenyataan rasmi dari Beijing menjelaskan bahawa pendirian Xi adalah AS dan Eropah telah memprovok Putin untuk menyerang Ukraine dengan mengembangkan NATO ke Eropah Timur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat