China Amal Dasar Terbuka? Permainan Video Luar Negara Terima Lesen

150

‘Habislah permain pro e-Sport China dah kembali.’

18 bulan sejak pengawal selia permainan China mengenakan sekatan kepada permainan video luar negara, kini beberapa tajuk popular menerima lesen untuk memasuki pasaran Beijing.

Difahamkan bahawa 45 permainan video luar negara menerima lesen penerbitan termasuk 7 dari Korea Selatan yang akan diimport masuk melalui Tencent Holdings, syarikat permainan video terbesar dunia.

Malah NetEase, ByteDance, XD Inc dan iDreamSky turut menerima lesen kebenaran penerbitan permainan video luar negara oleh Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Kebangsaan China.

Ini secara tidak langsung bermakna tajuk popular seperti Pokémon milik Unite dan Valorant keluaran Riot Games bakal memasuki China semula, iaitu pasaran permainan video terbesar dunia.

Sebelum ini, industri permainan video global mengalami tekanan dengan sekatan yang dilakukan China dalam usahanya untuk mengawal pengaruh besar firma-firma teknologi tempatan.

Pada 2021, China hanya memberikan lesen penerbitan kepada 76 permainan import sahaja berbanding 456 permainan ketika tahun 2017.

Dan berita kelulusan pelesenan itu tampak memberi impak baik dengan saham bertemakan permainan di Korea Selatan seperti Netmarble Corp, NCSOFT, Krafton, Kakao Games dan Devsisters melonjak antara 2% ke 17%.

Saham Tencent, XD Inc dan iDreamSky mencanak antara 0.8% dan 5.2% di Hong Kong sementara saham Nintendo di Jepun menokok 0.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat