China Bakal Keluarkan Vaksin COVID-19 Hujung Tahun Ini!

964

Menurut Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset Negara China, vaksin wabak pandemik COVID yang bakal dilancarkan oleh negara tersebut dijangka siap pada hujung tahun ini. Vaksin tersebut telah dibangunkan oleh Institut Produk Biologi Beijing dan China National Biotec Group Co telah selesai menjalani ujian fasa II dan berkemungkinan siap untuk dikeluarkan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Selain itu, lokasi pemprosesan vaksin itu akan menjalani proses nyah kuman sepenuhnya dan telah ditutup sebagai persediaan untuk pengeluarannya.  Di samping itu, ianya didakwa mampu menampung kapasiti pembuatan penuh sebanyak 100 hingga 120 juta vaksin setiap tahun.

Terkini, beberapa negara sedang bersaing untuk menghasilkan penawar kepada penyakit berjangkit itu. Terdapat lebih daripada 10 vaksin sedang dibangunkan di seluruh dunia tetapi hanya sebahagian sahaja yang berhasil serta berada pada tahap percubaan klinikal manusia.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, China telah menghasilkan sebanyak 5 vaksin yang kebanyakannya menerima respon positif daripada orang ramai. Oleh yang demikian, Beijing telah mengerahkan pihak berkuasa kesihatan, pengawal selia ubat-ubatan serta institusi penyelidikan agar bekerja selama 24 jam bersama syarikat-syarikat tempatan dalam menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia.

Tambahan daripada itu, Presiden Xi Jinping telah berjanji untuk berkongsi vaksin berkenaan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, ianya bukan suatu proses yang mudah dan berdepan dengan pelbagai cabaran. Sebagai contoh, ujian tahap III bagi vaksin itu perlu dilakukan di lokasi COVID-19 tersebar dengan pantas, akan tetapi China telah mencatatkan penurunan kes jangkitan secara mendadak setiap hari. Selain itu, vaksin berkenaan juga memerlukan keupayaan pengeluaran yang besar bagi memenuhi permintaan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat