China Berhasrat Untuk Mengukuhkan Lagi Kedudukan Mereka Melalui Perjanjian RCEP!

65

China dikatakan mahu mematerai perjanjian perdagangan dengan negara-negara Asia Tenggara secepat mungkin disamping hala tuju perjanjian perdagangan yang masih lagi belum pasti bersama-sama AS.  Kenyataan ini disuarakan oleh Kementerian Perdagangan China secara rasminya pada Khamis.

China akan berunding untuk mematerai perjanjian perdagangan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menurut jurucakap di Beijing iaitu Shen Danyang dalam satu taklimat. Beliau dikatakan mengulangi hasrat yang pernah disampaikan oleh Presiden Xi Jinping dalam Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik pada Sabtu yang lalu.

Negara ini dilihat bercita-cita tinggi dalam menjalin kerjasama antarabangsa bagi menjamin perdagangan yang lebih bebas dan lebih mudah.

China sedang dalam usaha bagi mendapatkan pakatan perdagangan seluruh Asia apabila Donald Trump sebelum ini dikatakan akan memastikan agar AS menarik diri dari perjanjian TPP yang meliputi hampir 40 peratus daripada ekonomi global.

Perjanjian serantau akan memberi kelebihan buat China, sebagai peneraju ekonomi kedua terbesar dunia dalam mengukuhkan lagi kedudukan. Hal ini juga bakal meningkatkan pengaruh China terhadap negara jiran termasuk Jepun, Vietnam, Malaysia dan Filipina serta memecahkan dominasi pasaran AS.

Menurut Trump dalam rakaman video yang dikeluarkan pada Isnin memberitahu bahawa AS akan menarik diri dari perjanjian TPP yang turut melibatkan 12 buah negara.

Rundingan RCEP seterusnya akan dijadual berlangsung pada 2 hingga 10 Disember nanti di Bandar Bumi Serpong Damai, Jakarta.

Presiden Xi memberitahu ahli-ahli APEC dalam persidangan Lima di Peru bahawa China berjanji untuk meningkatkan kerjasama global dan juga memberikan akses yang lebih besar kepada pelabur asing. Beliau turut menambah bahawa Beijing mahukan persaingan yang adil bagi syarikat-syarikat asing mahupun tempatan supaya mereka berkongsi pertumbuhan ekonomi di China.

Minit Mesyuarat Fed : Masih Ada Komen Dovish daripada Jangkaan Kenaikan Kadar Pada Bulan Disember!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat