Minit Mesyuarat The Fed: Potensi Kenaikan Kadar Disember? Masih Ada Komen Dovish

40

Dalam minit mesyuarat Federal Reserve Open Market Committee (FOMC) yang telah berlangsung dua minggu lepas, ahli FOMC secara umumnya, bersetuju tentang potensi untuk menaikkan kadar (Fed Fund Rate) yang semakin kuat.

Sebahagian besar ahli dalam FOMC berpendapat adalah bersesuaian untuk menaikkan kadar atau target range Fed Funds Rate secepat mungkin jika data-data terdekat ini memberikan isyarat yang menunjukkan peningkatan ke arah objektif sasaran The Fed.

Ramai juga ahli majlis FOMC yang menyatakan kerisauan terhadap risiko ekonomi dan kestabilan kewangan yang akan meningkat jika pasaran buruh terlalu cepat meningkat.

Dalam mesyuarat ini ada juga ahli yang bersetuju untuk menaikkan kadar 2 dalam mesyuarat November dengan andaian bahawa pasaran buruh sudah menghampiri gunatenaga penuh (full-employment). Pun begitu, di satu pihak lagi mengatakan kadar harus dinaikkan pada mesyuarat Disember untuk menunjukkan kredibiliti The Fed.

Beberapa ahli dalam FOMC mengutarakan pandangan bahawa masih ada sedikit kelemahan dalam pasaran buruh yang menunjukkan kadar inflasi yang rendah. Oleh sebab itu, keadaan semasa ini tidak memerlukan The Fed untuk mengetatkan polisi (tighten policy) secepat mungkin. Ditambah lagi dua orang ahli mengatakan inflasi masih berada di bawah paras sasaran The Fed. Tiada komen tentang jangkaan ekonomi dalam jangka masa panjang dalam minit mesyuarat kali ini.

Secara keseluruhan, minit mesyuarat menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kalangan majoriti ahli FOMC untuk menaikkan kadar pada mesyuarat Disember. Pun begitu, masih ada komen dovish yang mana mereka belum bersedia melihat Fed Fund Rate dinaikkan.

Jika kadar tidak dinaikkan pada mesyuarat Disember akan menyebabkan The Fed kehilangan kredibiliti dan dilihat akan menaikkan kadar kecuali berlaku peristiwa major yang mengganggu pasaran dalam tempoh ini.

Tiada perubahan dalam Fed Fund Future selepas laporan minit ini dikeluarkan. Pasaran dilihat telah bergerak ke arah (priced-in) sepenuhnya kenaikan kadar pada Disember dengan Dollar Indeks berada di paras tertinggi sejak 13 tahun lepas pada masa artikel ini ditulis.

Sejurus minit mesyuarat dikeluarkan, Dolar dilihat tidak bergerak terlalu laju dan kuat mungkin disebabkan pasaran yang telah menguat pada awal pembukaan pasaran New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat