Kerajaan China sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk berhadapan dengan potensi halangan perdagangan oleh pentadbiran baru Amerika Syarikat.
Penasihat polisi China percaya pentadbiran Trump akan mengenakan tariff yang tinggi kepada beberapa sektor di mana China banyak mengeksport barangan, seperti steel dan perabot.
China dijangka bertindak dengan mendapatkan pembekal baru bagi produk-produk pertanian, mesin dan barangan pembuatan, dalam masa yang sama mengurangkan eksport produk elektrik dan elektronik (E&E). Hal ini akan memberi kesan kepada Malaysia kerana jumlah eksport peralatan E&E ini mewakili 42.6 peratus jumlah eksport keseluruhan Malaysia ke China.
Pilihan lain adalah dengan mengenakan cukai dan halangan-halangan perdagangan kepada syarikat gergasi Amerika yang beroperasi di China atau mengehadkan akses syarikat kepada sektor perkhidmatan China yang pesat membangun.
China adalah sasaran utama Trump dalam kempen pilihanraya tahun lepas di mana beliau menyalahkan China yang banyak mendapat keuntungan dari perdagangan kedua-dua negara tersebut.
Penasihat ekonomi China menyatakan, “Masih ada peluang bagi kedua-dua negara menyelesaikan masalah melalui kerjasama dan rundingan berbanding memilih jalan membuat tindak balas.”
“Tapi kami perlu mempunyai perancangan jika perkara ini berakhir dengan tidak baik.”
China dilaporkan tidak mahu melihat peperangan perdagangan dengan Amerika Syarikat dan mahu rundingan antara dua gergasi ekonomi dunia ini menemui titk persamaan.
Manakala pihak Amerika Syarikat juga mengatakan perkara sama di mana pentadbiran Trump tidak mahu perang perdagangan tetapi ada perkara yang perlu dikaji semula agar ia adil kepada pekerja-pekerja di AS.
Ada sumber mengatakan China berkemungkinan meningkatkan import dan pelaburan di AS bagi mencipta lebih banyak pekerjaan sebagai tanda ihsan kepada Amerika Syarikat.
Walaubagaimanapun, China tetap akan membuat perancangan kontijensi bagi berhadapan dengan polisi Trump. Trump sebelum ini mengancam mengenakan tariff sehingga 45% kepada eksport China dan menuduh China sebagai menipulator matawang.