Salah sebuah stesen televisyen kerajaan melaporkan bahawa Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan perbincangan mengenai isu ketegangan nuklear di Semenanjung Korea dengan Presiden Korea Selatan yang baru, Moon Jae-in pada Khamis.
Xi memberitahu Moon bahawa China mahu semenanjung Korea bebas daripada isu neklear disamping perlu menyelesaikan isu ini melalui rundingan untuk kepentingan semua.
Dalam masa yang sama, Xi juga mengatakan bahawa China juga dikatakan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk Korea Selatan bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Semenanjung Korea.
China juga dikatakan bersungguh-sungguh dalam menentang penggunaan sistem anti-peluru berpandu AS di Korea Selatan kerana ia dikatakan boleh mengancam keselamatan China disamping akan akan melakukan apa sahaja untuk menyelesaikan ketegangan dengan Korea Utara.
Selain itu, Xi juga berharap agar pentadbiran baru Korea Selatan mengekalkan hubungan yang sihat dan pembangunan yang stabil dengan China.
Moon berkata dalam ucaptamanya sebagai Presiden pada rabu, beliau dikatakan akan memulakan usaha untuk meredakan kebimbangan keselamatan di Semenanjung Korea dan akan menjalankan rundingan dengan Washington dan Beijing bagi meredakan ketegangan sedia ada.
Beliau juga mengatakan kesediaan untuk ke Pyongyang jika keadaan mengizinkan.
Korea Utara dipercayai sedang membuat persediaan untuk menjalankan ujian nuklear keenam dan dalam usaha untuk membangunkan peluru berpandu nuklear yang dikatakan berupaya untuk terbang sehingga ke Amerika Syarikat.
Pentadbiran baru Korea Selatan mengangkat sumpah pada hari Rabu selepas presiden sebelumnya digulingkan dalam skandal rasuah pada bulan Mac.
Steven Muchin Bakal Jadi Tumpuan di Sidang Kemuncak G7. Tapi Kenapa?