Steven Muchin Bakal Jadi Tumpuan di Sidang Kemuncak G7. Tapi Kenapa?

46

Eropah, Jepun dan Kanada berharap agar mesyuarat G7 di itali minggu ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas khususnya mengenai dasar-dasar ekonomi Persiden Donald Trump yang masih belum terjawab.

Agenda rasmi mesyuarat yang melibatkan menteri-menteri kewangan dan Presiden Bank Pusat G7 ini bakal memberi tumpuan kepada isu inequality, peraturan cukai antarabangsa, keselamatan siber dan menyekat pembiayaan keganasan. Mesyuarat tersebut dijadual akan dijalankan pada Khamis hingga Sabtu di Kota Bari.

Walau bagaimanapun, ramai peserta akan meneliti perkara yang akan disampaikan oleh Steven Munchin yang pernah mengancam untuk mengganggu konsensus kumpulan khususnya yang berkait rapat dengan isu perlindungan dan perubahan iklim.

Menurut salah seorang pegawai G7 di salah satu taklimat delegasi negara minggu ini, mesyuarat ini akan digunakan sebagai medium dan peluang untuk memahami perancangan kerajaan Amerika Syarikat.

Dalam satu mesyuarat yang melibatkan kumpulan yang lebih besar G20 sebelum ini, ahli-ahli anggota mesyuarat berjanji untuk mengekalkan perdagangan bebas dengan terbuka biarpun Amerika Syarikat telah menambah perlindungan.

White House akan memuktamadkan perjanjian global dengan Paris terhadap isu perubahan iklim pada sidang kemuncak G7 pada 26 hingga 27 Mei ini.

Memetik kenyataan salah seorang lagi pegawai G7 yang meminta untuk dirahsiakan identitinya, apa yang lebih penting di dalam mesyuarat terbabit ialah gambaran mengenai dasar ekonomi AS yang bakal disampaikan oleh Mnuchin.

Selain itu, Pegawai Perbendaharaan Itali berkata bahawa isu perlindungan tidak akan dibincangkan di Bari kerana mencerminkan ketegangan sikap Trump terhadap isu tersebut.

Permintaan Bagi Emas Melonjak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat