Permintaan Bagi Emas Melonjak!

54

Sentimen risk on yang kekal berlarutan di dalam pasaran disebabkan oleh prospek dasar ekonomi Trump dan tindakan mendadak Presiden tersebut dalam memecat Pengarah FBI telah membantu lonjakan emas dalam sesi ini.

Emas bagi penghantaran Jun dibahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.14 peratus kepada $1,220.65 satu troy ounce. Sementara itu, niaga copper futures di Comex meningkat sebanyak 0.28 peratus kepada $2,502 sepound.

Semalam, harga emas diniagakan lebih tinggi pada Rabu apabila permintaan pelabur terhadap asset yang lebih berisiko merosot selepas Trump secara mendadak telah memecat Comey disamping kegelisahan geopoltik Korea Utara yang kembali melonjak di dalam pasaran.

Emas bangkit daripada paras terendah apabila Korea Utara dikatakan akan meneruskan hasrat untuk melancarkan ujian nuklear yang keenam.

Walaupun niaga emas kembali melonjak, sentimen keseluruhan pasaran ini kekal agak negatif kerana prospek kenaikan kadar selanjutnya oleh Fed pada Jun ini.

Awal minggu ini, beberapa orang pagawai Fed juga telah memberi isyarat bahawa bank pusat AS akan menaikkan kadar secara beransur-ansur sebanyak sekurang-kurangnya tiga kali kenaikan pada tahun 2017.

Emas dikatakan logam yang agak sensitif dengan pergerakan kadar kerana sebarang perubahan boleh mengubah harga bagi memiliki logam berharga tersebut.

Rupa-Rupanya Ini Faktor disebalik Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Pagi Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat