Rupa-Rupanya Ini Faktor disebalik Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Pagi Ini

106

Harga minyak mentah meningkat dalam sesi Asia pada Khamis selepas mengalami kenaikan mendadak semalam selepas laporan inventori dari AS dicatat positif.

Niaga minyak mentah di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Jun meningkat sebanyak 0.17 peratus kepada $47.41 setong, manakala minyak Brent di Intercontinental Exchange London dinilai pada $50.27 setong dengan peningkatan sebanyak 0.12 peratus.

Semalam, niaga minyak mentah ditutup lebih tinggi pada Rabu selepas pelabur menyambut baik laporan terbaru daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang menunjukkan bahawa inventori minyak mentah AS menjunam melebihi jangkaan.

Harga minyak mentah melonjak kembali di atas $47 selepas kebimbangan mengenai peningkatan tahap pengeluaran AS semakin menyusut.

Bagi minggu berakhir 3 Mei, EIA berkata bahawa inventori minyak mentah telah menjunam sebanyak 5.25 juta tong berbanding jangkaan penurunan sebanyak 1.79 juta tong.

Data ini juga dikeluarkan sehari selepas harga minyak mengalami kemerosotan sebanyak 1 peratus selepas EIA meningkatkan prospek jangka masa pendek terhadap pengeluaran minyak Amerika Syarikat dan menurunkan unjuran bagi harga minyak.

EIA menaikkan unjuran pengeluaran minyak mentah AS kepada purata 9.3 juta tong sehari pada tahun 2017 dan 10 juta tong sehari pada tahun 2018. Disamping itu, jabatan ini juga mengurangkan unjuran harga minyak pada tahun 2017 kepada $52.60 setong bagi minyak Brent dan $50.68 bagi minyak WTI.

Di tempat lain, pelabur minyak mentah terus meneliti komen daripada Menteri Tenaga Arab Saudi apabila beliau dikatakan begitu yakin bahawa perjanjian OPEC yang telah dibuat sebelum ini akan disambung sehingga separuh kedua tahun 2018.

OPEC dijangka untuk membuat keputusan muktamad pada 25 Mei ini sama ada ingin melanjutkan perjanjian semasa atau tidak.

 

Sentimen Semasa yang Menimpa Matawang Sesi Asia

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat