China Cuba Balas Dendam

549

China memperkenalkan undang-undang baharu yang menyekat eksport ‘barangan terkawal’.

Lapor Reuters, undang-undang itu memfokuskan terhadap eksport teknologi ketenteraan dan barangan lain yang berkemungkinan mengancam keselamatan nasional Beijing.

Undang-Undang Kawalan Eksport mempunyai beberapa kategori ‘barangan kawalan’ termasuklah nuklear, barangan ketenteraan dan barangan pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan serta rakyat.

Selain itu, undang-undang tersebut juga melindungi barangan yang dianggap penting untuk perlindungan keselamatan nasional China.

Di bawah undang-undang berkenaan, pengeksport perlu memohon lesen bagi mengeksport sebarang barangan yang disenaraikan dalam undang-undang terbabit.

Sekiranya mana-mana pihak atau individu tidak mematuhi undang-undang itu, mereka boleh didenda sehingga lebih AS$760,000.

Kawalan eksport itu dipercayai merupakan tindak balas terhadap tindakan serupa yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap China sebelum ini.

TikTok, Huawei dan Tencent merupakan antara firma China yang terjejas akibat tindakan AS.

Bagaimanapun, langkah yang dilaksanakan oleh Beijing itu berkemungkinan mengeruhkan lagi hubungan antara AS-China.

Ketegangan berhubung isu perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia bermula sejak 2018 namun kian tegang tahun ini.

Menurut Profesor Tamu Universiti Kebangsaan Singapura, Alex Capri, undang-undang eksport baharu China itu merupakan reaksi terhadap peningkatan perang teknologi dan usaha China untuk cuba melindungi kepentingannya.

“Perkara lain yang menarik perhatian saya adalah China turut menyenaraikan kepintaran buatan (AI) dan algoritma di bawah kawalan eksport,” ujar Capri.

Tambah Capri, beliau percaya perang perdagangan antara AS dan China akan kekal berterusan di bawah pemerintahan bakal Presiden AS, Joe Biden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat