China Dan India Akan Berbaik Semula?

196

Berikutan dengan ketegangan yang tercetus pada Mei yang lalu, menteri pertahanan India dan China didakwa mengadakan perbincangan di Moscow hari ini. Menurut seorang pegawai pemerintah India, Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh telah diberi izin untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dari China, Wei Fenghe di Moscow, di mana kedua-duanya menghadiri pertemuan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. Tambahnya lagi, China sendiri yang meminta untuk mengadakan pertemuan tersebut.

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pertemuan itu tidak didedahkan.

Sebelum ini, kedua-dua pihak telah mengerahkan pasukan tambahan di sepanjang sempadan yang melintasi Himalaya barat, setelah pertempuran pada bulan Jun, di mana 20 tentera India terbunuh dalam pertempuran itu.

Di sebalik kekejaman pertempuran pada bulan Jun, kedua-dua pihak nampaknya mematuhi protokol untuk mengelakkan penggunaan senjata api di wilayah high-altitude. Walaupun belum ada pertempuran yang dilaporkan, situasi di sempadan masih berada dalam keadaaan tegang.

Selain itu, komander tentera dan diplomat juga didakwa telah mengadakan perbincangan untuk mengakhiri pertelingkahan tersebut di Line of Actual Control, atau sempadan de facto, tetapi hanya terdapat sedikit perubahan selepas perbincangan itu.

Hujung minggu lalu, para pegawai India mendedahkan bahawa pasukannya telah dikerahkan untuk menghalau tentera China, yang dikhabarkan bertujuan untuk menduduki puncak bukit yang dianggap India berada di wilayahnya.

Berikutan dengan krisis 2 buah negara itu, Amerika Syarikat menyatakan pandangannya bahawa adalah lebih kedua-dua buah negara, China dan India mengadakan perbincangan supaya tidak berlakunya peperangan yang lebih dahsyat.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat