China Kekal Progresif – Pelan Yuan Digital Ini Dijangka Menambah Kerisauan Dalam Pasaran Kripto!

1,776

Dalam laporan terkini, didapati bahawa pihak berkuasa sedang membuat percubaan untuk membawa Yuan Digital pada aras baru seterusnya dengan menubuhkan platform pertukaran aset digital di Beijing.

Menurut Bloomberg, garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Negeri menunjukkan bahawa terdapat rancangan untuk menubuhkan bursa perdagangan aset digital sebagai ganti perkhidmatan kewangan di ibu negara. Di saat yang sama, kabinet berhasrat untuk mempercepatkan ujian Yuan Digital bersama dengan kerjasama perbankan.

Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa China telah menyatakan perang habis-habisan terhadap aset kripto yang tidak terkawal di negara itu. Justeru, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memberi alternatif melalui aset kripto CBDC yang membolehkannnya dikawal.

Berdasarkan laporan, salah satu sebab utama China untuk melaksanakan larangan kripto di seluruh negara ialah “perlindungan pengguna” memandangkan sifat kripto yang tidak dikawal.

Walau bagaimanapun, awal bulan ini, agak klise apabila terdapat isu penipuan CBDC yang pertama. Polis Xinmi menahan 11 suspek di Wilayah Fujian kerana menggunakan Yuan digital secara haram untuk mencuci wang. Pihak berkuasa mendedahkan bahawa CBDC China sedang digunakan sebagai medium untuk mencuci wang untuk kumpulan tertentu.

Namun begitu, pihak berkuasa China memberi jaminan kepada orang ramai bahawa mereka akan memastikan ini kekal sebagai insiden terpencil dengan menambah baik perlindungan privasi dan ciri anti-pemalsuan Digital Yuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat