Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, China sedang melakukan rombakan besar-besaran dan dikatakan akan melantik ketua agensi perancangan ekonomi utama negara, dan menteri perdagangan baru.
He Lifeng yang sekarang menjawat jawatan sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) akan dinamakan sebagai ketua agensi bagi menggantikan Xu Shaoshi kerana telah mencapai umur persaraan.
Zhong Shan pula merupakan penama yang akan mengambil alih Kementerian Perdagangan China dari Gao Hucheng yang akan bersara.
NDRC merupakan badan yang ditugaskan untuk menyelia ekonomi, mengawal harga dan meluluskan projek-projek infrastruktur utama.
Badan ini juga berjaya menggunakan pengaruhnya terhadap Beijing untuk transformasi pasaran dan memainkan peranan lebih besar terhadap ekonomi.
Komen Steven Mnuchin Ini Menghancurkan Harapan Emas Dalam Sesi Asia!