Seperti dijangkakan, People’s Bank of China (PBOC) memutuskan untuk menurunkan dua lagi kadar pinjaman utamanya pada hari Selasa.
Bank pusat itu mengurangkan kadar utama pinjaman setahun sebanyak 10 mata asas daripada 3.65% kepada 3.55% dan kadar utama pinjaman lima tahun sebanyak 10 mata asas kepada 4.2% daripada 4.3% buat pertama kali sejak Ogos.
Kebanyakan pinjaman isi rumah dan korporat di China adalah berdasarkan kadar utama pinjaman satu tahun PBOC manakala gadai janji ditetapkan pada kadar lima tahun.
Langkah itu terpaksa diambil bagi menambah sokongan dalam pertumbuhan ekonomi kedua terbesar dunia itu yang masih lagi bergelut untuk pulih.
Pemotongan terbaru itu menyusuli dua langkah sama PBOC pada minggu lepas dengan mengurangkan kemudahan pinjaman jangka sederhana satu tahun dan kadar belian balik tujuh hari.
Tindakan itu juga sudah dijangka dari awal lagi selepas melihat banyak data ekonomi dalam beberapa minggu lepas seperti pengeluaran perindustrian dan pelaburan aset tetap tidak mencapai jangkaan.
Bank-bank pelaburan terkemuka, termasuk Goldman Sachs dan JPMorgan, baru-baru ini mengurangkan anggaran KDNK setahun penuh mereka untuk China dan memberi amaran tentang halangan di hadapan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.