China Mengeluarkan Amaran Krisis Perbankan Dalam Tempoh 3 Tahun Akan Datang!

45

Laporan daripada Bank for International Settlements (BIS) menyifatkan pertumbuhan kredit yang berlebihan di China memberi isyarat krisis perbankan buat China dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Amaran awal dikeluarkan apabila jurang kredit dan KDNK mencecah angka 30.1 di China pada suku pertama tahun ini.

Mana-mana angka yang melebihi paras 10 menunjukkan tanda-tanda awal bagi krisis perbankan untuk berlaku dalam tempoh 3 tahun akan datang. China menunjukkan angka kedua tertinggi selepas Kanada iaitu sebanyak 12.1 dan negara tertinggi yang dinilai oleh BIS.

Hutang memainkan peranan penting dalam usaha bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi China berikutan krisis kewangan global. Hutang di China mencapai 255% daripada KDNK pada tahun 2015 didorong oleh peningkatan dalam pinjaman korporat.

Pinjaman bank China dilaporkan melonjak dua kali ganda daripada bulan sebelumnya.

Analisa Teknikal Mingguan 19 September – 23 September 2016 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat