China Menggunakan Indeks Yuan yang Baru Bermula 1 Januari 2017

44

China dilaporkan akan mengubah cara pengiraan Indeks Yuan menjelang tahun 2017 yang akan menambah lebih banyak matawang asing di dalam indeks ini untuk mendapatkan nilai Yuan  berbanding matawang-matawang tersebut.

Bermula pada 1 Januari 2017, jumlah matawang di dalam Indeks CFETS dari 13 matawang ketika ini kepada 24 matawang.

Perubahan ini adalah bertujuan untuk memperbaiki mekanisma Indeks ini dan menjadikan Indeks CFETS lebih signifikan.

China telah memperkanalkan penggunaan Indeks ini untuk mengalihkan perhatian daripada perbandingan Yuan dan US dolar. Untuk rekod Yuan telah menyusut nilai hampir 7% berbanding US dolar tahun ini dan sedang menghampiri paras terendah hamapir sembilan tahun lepas.

Sebelas matawang baru yang akan dimasukkan ke dalam indeks CFETS antaranya adalah Won Korea, Rand Afrika Selatan, dan Peso Mexico yang akan mewakili 21.09% pemberat kepada Indeks ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat