China Menyatakan Sokongan Kepada WTO disaat Trump Mengancam Untuk Melanggar Peraturan Antarabangsa!

67

Kementerian Luar China menyatakan sokongan terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Khamis apabila Trump menganggap peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh badan tersebut sebagai mengganggu kedaulatan Amerika Syarikat.

WTO sebelum ini mengekalkan sistem perdagangan secara adil dan bersifat terbuka disamping memberi manfaat kepada pertumbuhan global.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China iaitu Geng Shuang, sejak menjadi ahli WTO, China sentiasa proaktif dan menyokong usaha badan tersebut. Bahkan sehingga sekarang, sokongan tersebut tidak pernah berubah.

Namun begitu, Kementerian tersebut enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Dalam agenda perdagangan yang dibentangkan kepada Kongres Rabu lalu, wakil dari Pejabat Perdagangan Amerika Syarikat berkata bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan amalan perdagangan yang tidak adil dan dianggap merosakkan pasaran.

Ini termasuklah manipulasi matawang dan subsidi kerajaan yang tidak adil.

Dokumen yang dibentangkan itu juga menunjukkan isyarat bahawa pentadbiran Trump cuba menolak peraturan yang dikenakan oleh WTO demi mengurangkan defisit perdagangan AS dengan China dan Mexico, disamping mengembalikan sektor pekerjaan AS.

Selain itu, China turut menyatakan kebimbangan terhadap sektor eksport yang dikatakan akan menderita dan telah berkali -kali menggesa pemimpin global untuk menolak dasar perlindungan yang diperjuangkan Trump di dalam kempen “America First” beliau.

Data yang Bercampur-Campur Dari Australia Membenam Matawang Aussie dan Kiwi dalam Sesi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat