China Nafikan Bahawa Negara Tersebut Bakal dilanda Krisis Kewangan!

53

Agensi Berita Xinhua melaporkan bahawa Naib Menteri Kewangan Zhu Guangyao berkata bahawa risiko hutang di China masih dalam keadaan terkawal, namun terdapat

Beliau turut berkata bahawa kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mencegah dan menyelesaikan isu ini.

Data yang dikeluarkan oleh IMF juga menunjukkan bahawa hutang China berada dalam keadaan terkawal.

Pada 10 Oktober lalu Beijing telah mengeluarkan garis panduan bagi mengurangkan $18 trillion hutang korporat di China yang sekarang merupakan kira-kira 169% dari pengeluaran domestik. Dalam garis panduan terbabit juga, kerajaan telah membenarkan sebahagian syarikat untuk menukarkan hutang mereka kepada pelaburan ekuiti.

Usaha membendung hutang korporat ini dianggap penting bagi memulihkan ekonomi China yang semakin perlahan.

IMF sebelum ini telah memberi amaran kepada Beijing untuk menghentikan pembiayaan kepada firma-firma yang lemah, terutamanya perusahaan milik negara yang tidak cekap. IMF juga sebelum ini berkata bahawa kerajaan perlu mengurangkan risiko hutang yang tidak dikutip untuk meningkatkan peruntukan kredit dan menghentikan perbelanjaan yang membazir dalam ekonomi China.

Bank of International Settlements (BIS) turut memberi amaran bahawa pertumbuhan kredit yang mendadak di China akan meningkat risiko perbankan untuk jangka masa tiga tahun akan datang.

Keluarga Jho Low Menuntut Harta 1MDB Yang Dirampas DOJ

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat