China ‘Serang’ AS Dalam Perbincangan Dua Hala

806

China telah menuduh Amerika Syarikat menindas Beijing dan mendesak Washington untuk menghapus sekatan dan tarif dalam rundingan peringkat tertinggi di Tianjin.

Menteri Luar Negeri China, Wang Yi mengatakan bahawa terserah kepada AS untuk membuat pilihan yang tepat.

Beliau membuat komen itu semasa perbincangan dengan Wakil Setiausaha Negara AS Wendy Sherman yang mengatakan Washington tidak mencari perbalahan dengan China.

Beijing sebelum ini telah berulang kali meminta pemerintahan baru di Washington untuk memperbaiki hubungan yang merosot di bawah Donald Trump. Tetapi Presiden Joe Biden terus mengambil pendekatan tegas terhadap China, terutama dalam isu-isu seperti hak asasi manusia dan sekatan.

Dalam kenyataan terbaru itu, China turut menuntut penghapusan sekatan AS yang dikenakan ke atas China, termasuk membatalkan sekatan viasa terhadap anggota Parti Komunis China dan keluarga mereka tanpa syarat, mencabut sekatan terhadap pemimpin, pegawai dan agensi kerajaan China.

Sebelumnya pada hari Isnin, Wakil Menteri Luar Negeri China, Xie Feng mengatakan AS telah menjadikan Beijing sebagai ‘musuh khayalan‘, dan mengatakan Amerika tidak layak untuk mengkritik negara itu dalam isu hak asasi manusia

Selepas perbincangan pada hari Isnin, Sherman mengatakan sukar untuk mengetahui apakah keadaan akan bertambah baik pada bulan-bulan mendatang.

Kunjungan AS-China secara meluas dilihat sebagai langkah persiapan untuk pertemuan akhir antara Biden dan rakan sejawatannya dari China, Presiden Xi Jinping. Namun, pegawai mengatakan perkara ini tidak dibincangkan semasa perbincangan Isnin, yang berlangsung selama kira-kira empat jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat